fauzi2

Hello, Saya,

Mohd Fauzi Nordin

Neuro-Semantics & NLP Trainer (ISNS, USA)
Meta-Coach (MCF, USA)
HR Consultant | Learning Technologist

Lebih 1,000 orang telah hadir program saya dan belajar bagaimana mengendalikan Tatacara Siasatan Dalaman Disiplin. Ini termasuklah memahami mengapa pekerja perlu didisiplinkan, mengetahui perbezaan antara salahlaku kecil dan salahlaku besar, melaksanakan siasatan komprehensif dan banyak lagi.

SAYA MEMPUNYAI PENDEKATAN BERBEZA DARI KEBANYAKAN “PAKAR” DI LUAR SANA

Saya tidak percaya kandungan kursus ini membosankan walaupun ia berkaitan dengan perkara yang serius tentang displin dan undang-undang.

Saya tidak mahu peserta yang hadir program ini tidak memahami apa itu Siasatan Dalaman Displin selepas hadir ke program ini.

Saya mahu peserta 100% yakin dapat mengadakan Siasatan Dalaman Disiplin dengan betul apabila tamat kursus nanti.

Saya tahu anda mempunyai banyak pilihan kursus untuk dihadiri. Saya mahu anda tahu, kursus ini adalah pilihan yang tepat untuk anda turut serta.

Mengapa Anda Perlu Hadir Kursus Ini?

Menguruskan situasi dimana terdapat pekerja-pekerja yang tidak berdisiplin, bermasalah dan tidak produktif di syarikat anda.

Mengadakan mekanisme bagi menyelesaikan permasalahan disiplin secara positif kerana ramai pekerja yang bermasalah dapat dibentuk jika tindakan positif diambil.

Memastikan anda tidak menghadapi masalah semada di Mahkamah Buruh atau Mahkamah Perusahaan apabila anda bertindak membuang pekerja.

Apakah Tujuan Kursus Ini?

Memahami tentang kenapa pekerja perlu di disiplinkan secara positif prosedurnya dan jika gagal meneruskan proses disiplin, seterusnya iaitu prosedur disiplin yang lebih besar.

Mengetahui perbezaan antara salahlaku kecil dan salahlaku besar serta bidangkuasa pegawai-pehawai Syarikat di dalam menangani sebarang salahlaku yang berlaku.

Mempelajari proses melaksanakan siasatan yang komprehensif dan teknik-teknik mencadangkan tuduhan-tuduhan salahlaku yang tepat dan sesuai.

Mengetahui apa itu Siasatan Dalaman Disiplin, komposisi dan prosedur-prosedur mengendalikannya.

Dapat mengadakan Siasatan Dalaman Disiplin dengan betul dan berkesan melalui pembelajaran secara teori dan praktikal.

Mengetahui cara-cara menyediakan Laporan Siasatan dalaman Disiplin dan Nota Siasatan Dalaman Disiplin.

Siapa Patut Hadir?

Pengurus, Penolong Pengurus, Eksekutif, Penyelia & kakitangan Jabatan Sumber Manusia, Pentadbiran & Ketua-Ketua Jabatan yang terlibat di dalam Pengurusan Sumber Manusia.

Apa Yang Anda Akan Pelajari?

Hari 1

1. Disiplin

  • Definasi
  • Pandangan Mahkamah Perusahaan
  • Hak Majikan Di Dalam Mendisiplikan Pekerja
  • Peraturan / Garis Panduan Penyediaan
  • Prosedur Disiplin
  • Disiplin Untuk Siapa

2. Salahlaku

  • Kategori Disiplin – Kecil & Besar
  • Bagaimana Mengenalpasti Kategori Disiplin
  • Prosedur Kaunseling, nasihat dan peringatan
  • Prosedur Disiplin Besar

3. Siasatan

  •  Tujuan siasatan
  •  Kenapa siasatan perlu di buat
  •  Ciri-ciri Pegawai Penyiasat
  •  Bagaimana melakukan Siasatan

4. Undang-undang Tindakan Disiplin

  • Akta Kerja 1955~ Seksyen 14
  • Common Law ~ Prinsip Keadilan Asasi
  • Pandangan Mahkamah Terhadap Siasatan Dalaman Disiplin

Hari 2

5. Siasatan Dalaman Disiplin

  • Apa itu Siasatan Dalaman Disiplin (DI)
  • Komposisi Siasatan Siasatan Dalaman Disiplin
  • Kuasa-kuasa Pengerusi & Ahli-ahli Panel
  • Prosedur Siasatan Dalaman Disiplin

6. Mock Siasatan Dalaman Disiplin

  • Isu-isu semasa mock
  • Soal jawab

7. Laporan Siasatan Dalaman Disiplin

  • Nota Siasatan Dalaman Disiplin
  • Menulis Lapuran Siasatan Dalaman Disiplin
  • Kenapa Siasatan Dalaman Disiplin Gagal
  • Cadangan hukuman (jika perlu)

8. Implikasi Tindakan Disiplin

  • Implikasi Di Mahkamah Buruh
  • Implikasi Di Mahkamah Perusahaan
  • Cara-cara Penyelesaian Kes Pembuangan Kerja
  • Persediaan Jika Kes Tidak Dapat Diselesaikan Dan Di Bawa Ke Mahkamah Perusahaan

Apakah Kaedah Pembelajaran Kami?

Syarahan
Permainan Pengurusan
Kajian Kes
Soal Jawab
Video Klip
Percambahan Fikiran

Tenaga Pengajar

Latar Belakang Pekerjaan

  • Memulakan kerjaya di dalam Kementerian Dalam Negeri Malaysia dan seterusnya di Lembaga Lebuhraya Malaysia.
  • Setelah 3 tahun didalam perkhidmatan Kerajaan Malaysia, Beliau memasuki Projek Lebuhraya Utara-Selatan Berhad (PLUS) iaitu sebuah syarikat pengendali lebuhraya yang terbesar di Malaysia.
  • Berpengalaman bertugas sebagai Eksekutif Operasi di salah sebuah Lebuhraya yang tersibuk di Malaysia yang mempunyai lebih 200 pekerja dan 30 Penyelia di dalam operasi 24 jam sehari selama hampir 6 tahun.
  • Lima tahun yang terakhir beliau bertugas di Jabatan Sumber Manusia sebagai Ketua Unit yang mengendalikan pelbagai fungsi seperti Latihan untuk pekerja, disiplin, kebajikan pekerja , Keselamatan dan kesihatan pekerja serta terlibat secara langsung dalam membangunkan organisasi didalam pelbagai aspek dan program.
  • Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Pengurus Kumpulan Pentadbiran dan Sumber Manusia di salah sebuah syarikat pembinaan.

Pengalaman

  • Beliau Berpengalaman mengendalikan lebih 1000 kes-kes disiplin termasuklah kes-kes pembuangan kerja. Tugas-tugas beliau di dalam menjaga disiplin kakitangan
  • Bermula dari memberi kaunseling, melakukan penyiasatan, menjadi pegawai pendakwa / pegawai pembentang di dalam sessi Siasatan Dalaman Disiplin (Domestic Inquiry) dan seterusnya mewakili majikannya di dalam kes-kes di Jabatan Perhubungan Perusahaan dan Jabatan Buruh.
  • Apabila kes-kes dirujuk ke Mahkamah Perusahaan dan Mahkamah Buruh, En. Mohd Fauzi Nordin juga diberi tanggungjawab bagi mewakili majikannya. Setakat hari ini beliau telah memastikan majikannya berjaya di dalam hampir kesemua kes pembuangan kerja yang dirujuk samada di Mahkamah Perusahaan atau Mahkamah Buruh. En. Mohd Fauzi Nordin juga terlibat sebagai perunding dan setiausaha di dalam rundingan Perjanjian Bersama dengan Kesatuan Sekerja. Beliau berpengetahuan luas di dalam Pengurusan Sumber Manusia termasuklah di dalam Perhubungan Perusahaan.dan kecenderungannya dalam bidang
  • Minat peningkatan produktiviti, beliau telah di pilih mewakili Malaysia ke Latihan Ergonomics selama 3 minggu anjuran kerajaan Jepun pada tahun 2003.

Maklumat Kursus

Yuran Kursus
RM1,200.00 seorang 

Tempat Latihan
Hotel Istana, Kuala Lumpur atau yang setaraf dengannya

Makan & Minum
Minum pagi
Makan tengah hari
Minum petang

Jadual Kursus

Tahun 2015

JulAugSepOctNovDec
15 - 1619 - 209-10

Tahun 2016

JanFebMacAprMayJun
4 - 515 - 167 - 811 - 129 - 1013 - 14
JulAugSepOctNovDec
11 - 1215 - 1612 - 1310 - 1114 - 1512 - 13

* Untuk mengesahkan penyertaan, sila buat bayaran setelah terima inbois dari kami, sekurang-kurangnya 14 hari dari tarikh kursus.

* Kami memerlukan jumlah minima peserta seramai 6 orang. Jika tidak mencukupi, secara automatik, jadual akan dipinda ke tarikh berikutnya.

Pendaftaran Kursus

  • Maklumat Syarikat

  • Pegawai untuk dihubungi (Latihan/ HR)

  • Pegawai untuk dihubungi (Bil)

  • Senarai Peserta

Terma dan Syarat

Sila isi borang di atas dan emel dan klik butang HANTAR.

Kami akan mengeluarkan inbois setelah terima borang pendaftaran ini.

Untuk mengesahkan tempat anda, sila buat bayaran penuh setalah terima inboisi atau selewatnya 14 hari sebelum tarikh latihan.

Sila buat bayaran kepada Mind Matrix Sdn Bhd, Bank: Maybank No Akaun: 5620 2161 3133

Kami berhak untuk membatal/menjadual semula/ menangguh latihan ini jika terdapat perkara yang diluar kawalan tanpa sebarang tanggungan.

Latarbelakang Penganjur

Penganjur kursus ini ialah Mind Matrix Sdn Bhd

Syarikat pembelajaran dan pembangunan modal insan berdaftar dengan ROC (No 10311256P), Kem. Kewangan (No. 357-02199987), HRDF (No. 4772)

Mind Matrix Sdn. Bhd.
33rd Floor, Suite 33.01
Menara Keck Seng 203,
Jalan Bukit Bintang,
57700 Kuala Lumpur
Tel: 03 2116 5778
Fax: 03 2116 5999
Email: info@mindasys.com

Other company’s learning websites: –

IT Training
Teambuilding